Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2023 @ 6:25pm

Impian Cakra Khan Tercapai, Tampil Konsert Solo Diiringi Orkestra Bersama Datuk Ramli MS

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan menyifatkan konsert solonya, A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 yang bakal berlangsung pada 17 Februari depan bagaikan impian yang menjadi kenyataan.

Mana kan tidak, konsert yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) itu bakal diiringi dengan 32 pemuzik orkestra yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli M.S.

Ketika ditemuai XTRA pada sidang media Cakra Khan A Decade 2.0 yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kula Lumpur, Cakra atau nama penuhnya, Cakra Kontra Prayaman, 31, mengakui dia bakal memberikan kelainan buat semua peminatnya di Malaysia.

“Ini adalah impian saya. Jadi memang dulu sebelum saya da konsert sendiri saya selalu tanya manager saya adakah show yang musisinya semua orkestra.

“Sebab kalau orkestra itu lebih hidup dan saya menganggap lagu-lagu saya akan menjadi lebih indah jika dibawakan bersama orkestra.

“Kali ini orkestra akan diketuai oleh Datuk Ramli MS dan saya juga akan release album baru saya… jadi it could be a new song dan ada beberapa kolaborasi juga,” katanya.

Seperti pada konsert Judika sebelum ini, pelantun lagu Kepada Hati ini bakal menyanyikan lagu dari artis Malaysia namun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menganggap ia adalah kejutan untuk peminat di Malaysia.

Selain itu, dia juga akan menjemput beberapa penyanyi popular tanah air untuk membuat persembahan.

“Surprise! pastilah… saya ada juga minta izin dengan Datuk Ramli tanya adakah lagu yang bakal saya bawakan itu sesuai dan sebagainya.

“Antara artis kegemaran saya adalah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Misha Omar, Aina Abdul, Jaclyn Cictor, Anuar Zain dan Khai Bahar.

“Saya juga akan berikan persembahan yang maksima berbanding konsert sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seven Skies Motion Sdn Bhd, Azlin Hilda Abdul Latif berkata, pihaknya berbesar hati untuk sekali lagi membawa Cakra ke Malaysia selepas melihat kejayaan Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 pada Januari lalu.

“Saya lihat ada keserasian dan masing-masing menunjukkan komitmen yang baik. Tanpa berfikir panjang, saya ajak Cakra Khan untuk mengadakan konsert kali kedua pada Februari tahun depan.

“Orkestra ini adalah idea dan hasil perbincangan bersama. Cuma untuk konsert kedua ini, kami akan tambah baik lagi. Kalau konsert pertama sudah ada satu penanda aras baik, jadi kami merancang untuk berikan lebih daripada yang sebelumnya walaupun kos konsert kali ini lebih tinggi.,” Ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Aug 2021

Dakwa Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Calon Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir […]

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Coach Yin Accused Of Domestic Violence? Or Mere Marketing Strategy?

If this is true, it shouldn’t be looked upon so lightly!

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

#Mentor7: Tak Mahu Protege Tertekan, Hafiz Guna Pendekatan Lebih ‘Fun’

Betul tu…kalau garang sangat pun nanti stress pula pelajar tu kan?

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Lewis Hamilton Bakal Berlakon Bersama Brad Pitt Bawah Filem Arahan Pengarah Top Gun: Maverick

Belum ada tajuk filem, Lewis Hamilton bakal berlakon bersama Brad Pitt.

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

Walau bagaimanapun. Farah tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana berada dalam kelompok rakan yang sama.

Trending Thu, 30 Jul 2020
Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Nazim Othman Demand?

Pelakon, Nazim Othman tidak membenarkan sesiapa untuk menguruskan rambutnya dan solekannya kerana beliaulebih selesa untuk melakukannya sendiri.