Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 30, 2021 @ 11:46am

Bayaran i-Citra Dikreditkan Ke Akaun Pemohon Bermula 3 Ogos Ini – Tengku Zafrul

Pengeluaran program i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan kepada akaun bank ahli pada 3 Ogos ini.

Ketika sesi pembentangan Menteri Kewangan, Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pengeluaran ini sekaligus dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta ahli KWSP.

Manakala permohonan bagi moratorium pula telahpun dibuka seawal Julai 2021.

Tambahnya lagi, beliau turut menyarankan individu yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk segera menghubungi BNM-TELELINK atau mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menguruskan aliran tunai mereka.

Malah, KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan dengan lebih terperinci.

ARTIKEL BERKAITAN  : Bantuan Tambahan Tidak Jadi Beban, Individu Boleh Buat Aduan Moratorium Jika… – Pakar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Jan 2019

Wanita ini didera suaminya kerana tidak melaram ketika menghadiri majlis keramaian

Lelaki terbabit bertindak sedemikian kerana malu dengan kawan-kawannya.

Trending Mon, 23 Aug 2021
Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Featured Fri, 30 Jan 2026

Malaysia Raih Ranking Ke-3 Dunia Tontonan Filem The Voice of Hind Rajab, Tewaskan Sepanyol & Belgium

The Voice of Hind Rajab terus mencipta kejayaan apabila Malaysia muncul sebagai negara ketiga tertinggi di dunia

Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Featured Tue, 20 May 2025
error: Content is protected !!