Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 20, 2025 @ 2:36pm

Ejen Ali The Movie 2 Bangkit Semangat Penonton, Tampil 3 Runut Bunyi Hasil Kolaborasi Epik M.Nasir, Nidji & Hael Husaini

Keterujaan peminat menyaksikan filem animasi terulung Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula Khamis ini pastinya menjanjikan aksi hebat, cabaran dan jalan cerita yang matang.

Malah, selain lebih mendebarkan, Ejen Ali The Movie 2 juga turut manmbah nilai pengalaman sinematik  termasuklah menampilkan tiga lagu runut bunyi hasil kolaborasi epik penyanyi popular, Datuk M.Nasir, Kumpulan Nidji dan Hael Husaini.

Ketiga-tiga lagu yang dipersembahkan dalam Ejen Ali The Movie 2 juga bukan sekadar elemen pelengkap, malah berfungsi sebagai tulang belakang emosi yang menggerakkan naratif filem ini.

Selain itu, setiap lagu disusun rapi untuk memperkuatkan perjalanan penceritaan daripada semangat perjuangan individu, nilai persahabatan sejati, hinggalah keberanian untuk bangkit menghadapi cabaran.

Kesemuanya membentuk lapisan tema yang bukan sahaja memperkaya pengalaman tontonan, tetapi turut menyampaikan mesej positif yang mendalam.

Justeru, gabungan muzik dan penceritaan ini menjadikan EATM2 bukan sekadar sebuah filem animasi biasa, tetapi karya yang sarat dengan makna dan mampu meninggalkan kesan yang kuat dalam hati penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Primeworks Studios (PWS) dalam satu kenyataan berkata,  single ‘Hanya Kamu’ nyanyian legenda muzik, M. Nasir, merupakan hasil ciptaan Azri Yunus dengan gandingan lirik daripada Azri, LunaAyla dan M Nasir sendiri.

Lagu yang sarat dengan semangat ini membawa mesej kuat kepada generasi muda untuk menyeru mereka mempercayai potensi diri, membina keyakinan, dan bangkit menjadi versi terbaik diri sendiri. Ia bukan sekadar karya muzik, tetapi juga suntikan inspirasi yang seiring dengan tema kekuatan dan pembentukan jati diri.

“Single Hanya Kamu disampaikan menerusi alunan muzik elektronik yang berpadu dengan vokal penuh jiwa M. Nasir.

“Lagu ini mengangkat tema perjuangan peribadi dan ketabahan waja sebagai sumber kekuatan dalam kegelapan, sejajar dengan konflik emosi yang dilalui oleh Ejen Ali, iaitu watak utama dalam filem ini,” katanya.

Manakala, single Teman Sejati pula menyaksikan sumbangan istimewa daripada band terkenal Indonesia, Nidji, yang menampilkan lagu daripada album mereka Manifestasi Hati yang dilancarkan pada Januari lalu.

Dicipta oleh Andi Ariel Harsya dan diterbitkan oleh Petra Sihombing, pemilihan lagu ini sangat bertepatan dengan mesej universal dan tema penceritaan dalam Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Dengan irama pop yang mudah diterima dan lirik yang menyentuh emosi, Teman Sejati menjadi ‘anthem’ kepada nilai persahabatan sejati yang mengikat para ejen dalam menempuh pelbagai cabaran mendebarkan. Ia membawa makna mendalam tentang erti kesetiaan dan pengorbanan dalam sebuah hubungan yang ikhlas.

Sementara itu, single Penjuara ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh pula hadir sebagai sebuah karya yang penuh semangat dan inspirasi terutamanya kepada manifestasi jiwa pejuang yang menjadi teras kepada watak utama, Ejen Ali.

Tampil elemen electro pop moden,  Penjuara menggambarkan tekad dan keberanian Ejen Ali dalam mendepani cabaran mental serta strategi yang dilontarkan oleh musuh utamanya, Neonimus. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Aug 2023

9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

InshaaAllah moga ada rezeki untuk Elizad dan semua yang menanti zuriat😥

Hiburan Sun, 19 Apr 2026

Hubungan Kembali Renggang, Kak KM Tidak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka

Kak KM mengakui hubungannya dengan Kak Nona kembali dingin.

Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

error: Content is protected !!