Iqbal Zulkefli Bawa Diri Ke Indonesia, Netizen ‘Sound’ Jangan Banyak Drama – “Semua Nak Rakam, Nak Pergi, Pergi Je Lah!”

Nama Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, bukan lagi asing dalam industri hiburan tempatan susulan dirinya sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Iqbal mengakui akan membawa diri ke Indonesia.

“Selamat Tinggal Malaysia. Bermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia. Memang atas urusan kerja, namun saya harus bawa diri. Saya pamit.

“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan,” katanya.

Selain itu, Iqbal juga berharap agar penghijrahannya ini dapat menyembuhkan luka dan memadam segala kontroversi serta fitnah yang pernah dilontarkan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan. Berharap di Indonesia saya bisa bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan luka.

“Salam hormat untuk rumah baruku Indonesia. Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, silakan tinggal di sini, saya akan baca dengan sepenuh hati,” tulisnya.

“Semua nak rakam, dah nk pegi tu… pegi jer lah. Netizen dah sedia maklum”

Bagaimanapun, pemergian pelantun lagu Hujan ini ke Indonesia disambut baik oleh rata-rata netizen yang nampaknya masih ada yang tidak ‘berpuas hati’ terhadap tindakan usahawan ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Macam Kau Layak Dilaknat Sampai…” – Wajah Diedit Jadi Muka Khinzir, Iqbal Zulkefli Akui Banyak Khilaf

ARTIKEL BERKAITAN:Dihentam Netizen Selepas Pijak Duit RM70,000: Iqbal Zulkefli Pertahan Diri Sendiri, Akui Masih Tahu Batas Adab

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Nak Back Up, Tapi Memang Tak Sia-Sia Nyanyi Nasyid Dulu” – Trending No.1, Netizen Mohon Single ‘Hujan’ Iqbal Zulkefli Jadi OST Drama

Salma Syahbuddin