“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah melancarkan produk inai sejak awal bulan Jun lalu dan sambutannya agak menggalakkan.

Menerusi perkongsian video di Instagram, pelakon jelita ini menjelaskan tentang harga produk inai yang dikatakan sangat murah berharga RM15 sahaja.

“Kami bukan nak cekik darah, bukan nak pergi haji balik hari pun. Kita nak bagi sama-sama rasa cantik, sama-sama boleh beli inai Che Ta ni,” katanya.

Menurut Che Ta, terdapat segelintir pihak mempersoalkan mengapa dia tidak meletakkan harga yang mahal pada produk inai tersebut.

“Hampa (netizen) ni asyik tanya kami kenapa tak jual mahal sebab kami artis, adoi…dahlah tu hampa, okaylah kan RM15 je! Hampa happy pakai, kami pun happy. Nanti mahal-mahal tak dan nak topup setiap bulan. Ke hampa nak kami naikkan jadi RM29?,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengguna inai Che Ta memberi komen yang positif tentang produk inainya dan berpuas hati harga tersebut.

“Harga RM15 dah terbaik dah, teruskan je harga ni. Lagipun warna inai Che Ta cantik.

“Suka inai ni..pekat merah elok dan tak terhakis, menyerap dalam kuku,” komen netizen.

Maya Basir