“Kau Yang Gatal Nak Tunjuk Stupidity Tu, So Terimalah…” – Michael Ang Beri Amaran, Minta Iqbal Cari Individu Lain Tumpang Populariti

Pengarah terkenal, Michael Ang memberi amaran kepada usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27,  supaya tidak melibatkan namanya dalam ‘drama’ yang dicipta oleh usahawan tersebut.

Menurut Michael menerusi hantaran di Instagram miliknya, beliau sama sekali tidak kisah dengan kekayaan yang dimiliki Iqbal dan meminta agar dia mencari individu lain untuk ‘menumpang’ populariti.

“Salam semua! Pergi main jauh-jauh ya! Cari org lain untuk viralkan diri Awak. Ada ku kesah kau Kaya ke apa. Kau yang gatal nak tunjuk your stupidity so, terimalah,” katanya.

Selain itu, Iqbal dilihat tampil mempertahankan dirinya dan meminta Michael menghormatinya sebagai budak ‘pondan suara kepit’ seperti yang dicanang netizen berkenaan keinginannya ingin mengeluarkan lagu sebelum ini.

“Nanti boleh semak JPJ nombor plat kereta Mercedes RM1 juta itu atas nama siapa ya. Saya tidak pernah tayang kerana saya punya privasi.

“Seperti Michael Ang katakan, jam fake yang saya pakai itu adakah palsu atau original, boleh semak,” tulisnya.

Terdahulu, isu ini kembali hangat diperkatakan selepas video pendek mengenai kenyataan Michael Ang berkenaan Iqbal tidak suka menggunakan kereta mewah viral di TikTok.

Terdahulu, isu ini kembali hangat diperkatakan selepas video pendek mengenai kenyataan Michael berkenaan Iqbal tidak suka menggunakan kereta mewah viral di TikTok.

 

Salma Syahbuddin