Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Wah! berita baik untuk para pelajar IPT nampaknya!

Sekitar jam lapan malam tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menyampaikan perutusan khas sempena bulan Ramadan.

Dalam perutusannya, TSMY memaklumkan bahawa kelonggaran akan diberikan buat para pelajar IPT yang kini berada di Universiti untuk pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

Walaubagaimanapun, kerajaan akan merancang proses membawa pelajar berkenaan pulang selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Seramai 100,000 orang pelajar akan dibawa pulang 

Seramai hampir 100,000 orang pelajar terlibat dan proses membawa pulang penuntut, namun perkara ini perlu dirancang secara teliti bagi memastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau turut menambah, pelajar akan dipastikan benar-benar sihat sebelum pulang.

Selain itu, butiran dan perkembangan mengenai pergerakan penuntut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Buat ibu bapa yang berada di rumah semoga terus bersabar untuk menunggu berjumpa dengan anak-anak mereka kelak.

Kami mendoakan semoga para penuntut ini dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ikhlas dari kami!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”