Kelonggaran Fasa 1 PPN Untuk Industri Kreatif, Hanya Untuk Penerima Dua Dos Lengkap

Kerajaan hari melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September untuk mengurangkan bebanan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

Jelasnya, persetujuan untuk memberi kelonggaran itu adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN.

Tambahnya, kelonggaran itu hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Ujarnya, kelonggaran juga diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri telah mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin atau telah mencapai tahap imuniti kelompok.

“Industri kreatif menyumbang sebanyak 2 peratus atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.

“Selain membolehkan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, kelonggaran ini juga dapat kembali menghidupkan industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Ia sekali gus menggerakkan kembali semua inisiatif serta program yang direncanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”