Kelonggaran Pergerakan Antara WP Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Mulai 10 September

Lembah Klang bakal beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia akan berkuat kuasa bermula Jumaat, 10 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, sebentar tadi.

Kata Ismail, antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri yang memasuki fasa dua sebelum ini, seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”