“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin.

Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang membenarkan kru atau pelakon masuk ke dalam set penggambaran tanpa mengambil atau lengkap suntikan berkenaan apatah lagi ia mengundang kepada risiko jangkitan yang tinggi.

“Pelakon yang enggan ambil vaksin tetapi mahu kembali bekerja ini tidak bertanggungjawab sebab dia tak fikirkan orang lain.

“Jangan kerana tidak mahu vaksin, awak melibatkan orang lain pula. Kena bertanggungjawab dan adil. Saya tidak mahu ambil risiko, di rumah ada anak kecil.

“Kita kenalah ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Kalau Finas tahu, lesen boleh ditarik semula,” jelasnya.

 

Malah, Che Ta yang juga pemilik produksi, Padusi Pictures mengakui semua kru yang terlibat di dalam produksi beliau perlu lengkap dua dos suntikan vaksin sebelum memulakan penggambaran.

“Macam saya pun, saya punya production dah nak roll drama ni.. tapi selepas meeting kena makesure semuany dah lengkap vaksin” katanya.

Che Ta mengulas perkara berkenaan ketika sesi temu bual di majlis pelancaran virtual pelitup muka Himaya dan lantikan beliau sebagai duta jenama berkenaan

Lebih istimewa, Himaya turut menjalinkan kerjasama bersama Majlils Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) bersempena bulan kesedaran kanser payudara atau lebih dikenali sebagai Pink Ribbon.

Bersempena kempen ini juga, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada MAKNA bagi setiap pembelian pelitup muka jenama Himaya.

Untuk rekod, selain Che Ta, Elfira Loy, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Erra Fazira juga merupakan duta bagi jenama pelitup muka terkenal ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hang Buang Tebiat Kah,Ni Pi Cucuk Bukan Berj*b*q…B**it Mak Hang La” – Che Ta Tak Sangka Diva AA Sanggup ‘Cakap Belakang’

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Dia Sebut ‘Mak Hang’, Itu Buat Saya Triggered!”- Che Ta Beri Keterangan Isu Laporan Polis Diva AA

Salma Syahbuddin