PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas 15 September.

Menurut Dr Adham, berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor bahawa jumlah penduduk Lembah Klang yang masih belum mendapat vaksinasi COVID-19 adalah sangat kecil.

“Saya nak umumkan yang PPV walk-in di Lembah Klang akan diberhentikan selepas 15 September.

“Mereka yang belum divaksin pula boleh mendapatkannya di klinik kesihatan tertentu, bermula 16 September ini.

“Senarai klinik kesihatan terbabit akan diumumkan kelak,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas antara beliau dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

Bagaimanapun, Dr Adham menjelaskan, pemberhentian sesi ‘walk-in’ itu hanya membabitkan kawasan Lembah Klang, dan masih diteruskan di negeri lain.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”