KKM Akan Terus Pujuk Golongan Antivaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan pendekatan memujuk bagi memastikan kumpulan yang enggan menerima vaksin, bersedia untuk berbuat sebaliknya.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah kumpulan yang enggan menerima vaksin di negara ini dikategorikan sebagai kecil.

“Dimaksudkan di sini bukan kita… kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin, tidak ingin mendengar hujah saintifik dan akhirnya tidak akan mendapat kebebasan yang sama seperti rakyat dan penduduk yang telah menerima vaksin,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.

“Dengan adanya sekatan kebebasan itu, ia adalah cara lebih berhemah daripada kerajaan meletakkan undang-undang memaksa kumpulan terbabit mengambil vaksin,” ujarnya.

Ini kerana katanya, setakat ini lebih 95 peratus penduduk dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”