“Lepas Raya Pun Belum Tentu Habis Reply,”-Nabila Razali Terima 40 000 Mesej Selepas Dedah Nombor Telefon

Penyanyi Nabila Razali bertindak mendedahkan nombor telefonnya selepas lagu terbaharunya berjudul Peluang Kedua mendapat tontonan mencecah 1 juta di Youtube.

Ekoran tindakannya itu, penyanyi yang pernah mencipta populariti menerusi lagu Pematah Hati ini menerima lebih 40000 mesej selepas mendedahkan nombor telefonnya kepada umum. Menurut Nabila, peminatnya tidak putus-putus menghantar pesanan ringkas kepadanya sehingga waktu subuh.

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Nabila juga menjelaskan ramai peminat teruja dan tidak percaya bahawa nombor yang dikongsikan itu adalah nombor peribadinya. Cerita Nabila lagi, ada beberapa peminat terkejut dan malu-malu apabila dia menjawab panggilan tersebut.

Pelakon Seindah 7 Warna Pelangi ini juga sempat membalas beberapa ratus mesej dan pangilan daripada peminatnya.

“Saya sempat mambalas beberapa ratus panggilan dan mesej daripada peminat. Cuma mesej di Whatsapp perlukan sedikit masa untuk membalasnya kerana belum sempat balas, mesej baru pula masuk,” jelas Nabila.

Sebelum ini, tindakan Nabila mendedahkan nombor telefonnya telah dikatakan meniru penyanyi Ali Gatie yang pernah melakukan hal yang sama pada awal Mac lalu. Jelas Nabila, dia tidak berniat untuk meniru sesiapa. Tindakkannya ini hanya sekadar untuk memenuhi janjinya terhadap peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sebagai anak seni.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover