Realiti Sebenar Bagaimana Mayat Mangsa COVID-19 Diuruskan Di Seluruh Dunia

Ajal maut di tangan Tuhan. Namun buat dividu yang berdepan dengan kematian insan tersayang akibat pandemik COVID-19, pengalamannya sungguh berbeza. Mereka tidak dibenarkan untuk menyempurnakan pengebumian jenazah malah dilarang sama sekali untuk mendekati jenazah.

Umum mengetahui, negara Malaysia mempunyai prosedur dan cara-cara untuk menguruskan mayat jenazah COVID-19 sama ada yang bergama Islam atau bukan Islam.

Baca artikel berkaitan: Jenazah Tidak Dimandikan, Hanya Tayammum- Cara Urus Mayat Pesakit COVID-19 Yang Beragama Islam Dan Bukan Islam

Namun, berbeza pula dengan prosedur beberapa negara terjejas menguruskan mayat pesakit akibat virus ini.

Jenazah umat Islam di Sri Lanka dibakar

Walaupun bercanggah dengan ajaran agama Islam namun kerajaan Sri Lanka bertegas dengan undang-undang mereka yang hanya membenarkan mayat jenazah COVID-19 dibakar menjadi abu.

Mayat jenazah Islam tidak sempat disolatkan dan terus dihantar ke pusat krematorium dengan diiringi pihak polis.

Akibat tindakan itu, kerajaan Sri Lanka telah menerima kritikan keras daripada pelbagai pihak namun mereka bertegas bahawa mereka hanya mengikut standard prosedur yang dikeluarkan WHO.

Mayat di negara Cina diuruskan oleh pihak hospital

Penularan pandemik ini bermula di negara yang mempunyai kuasa paling besar di dunia iaitu Cina. Pada awalnya negara Cina telah berdepan dengan pertambahan kes kematian mendadak.

Kerajaan Cina mengendalikan mayat pesakit COVID-19 dengan cara menyerahkan segala pengerusan pengebumian kepada pihak hospital. Jenazah akan diuruskan dan dibakar pada hari yang sama.

Kerajaan Cina turut membenarkan hanya seorang ahli daripada keluarga mangsa mengambil abu mayat jenazah setelah selesai upacara pembakaran.

Mayat di negara Itali diuruskan dengan cara berbeza

Negara Itali merupakan negara yang paling terjejas akibat penularan pandemik ini dan mencatatkan beribu kematian setiap hari.

Mengikut upacara Kristian, mayat si mati akan dipakaikan dengan perhiasan dan pakaian yang cantik namun buat mayat pesakit C0VID-19, mereka akan dibalut dengan balutan plastik dan ahli keluarga hanya dibenarkan membekalkan pakaian yang akan diletakkan di atas balutan tersebut sahaja.

Petugas akan mengambil gambar keranda yang telah siap dan menghantarnya kepada ahli keluarga mangsa.

Rest in peace..

Sumber: Iluminasi

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”