MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

Alhamdulillah.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membentangkan beberapa insentif dalam jangka masa terdekat bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan susulan krisis COVID-19.

Bantuan Bukan Sekadar One-Off

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, dijangka bentuk bantuan bukan sekadar one-off, tetapi berterusan untuk memastikan kelangsungan hidup serta menjamin pendapatan golongan terjejas.

“Kita juga akan memberikan bantuan yang bukan sekadar one-off, tetapi boleh meneruskan kehidupan, menjadi sumber pendapatan kepada mereka dan usaha ini sedang giat kita lakukan,” katanya hari ini.

Sepanjang dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, MAIWP sudah membelanjakan RM190 juta bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sumber: Awani

Syafiqa Irdina