Categories: Trending

Malaysia Kini Diiktiraf Global Antara 5 Negara Terbaik Kawal COVID-19

Syabas buat rakyat Malaysia!

Kepatuhan rakyat Malaysia terhadap SOP akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia diiktiraf antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global.

“Malaysia berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

“Kerjasama yang diberikan seluruh rakyat serta pengorbanan besar daripada (petugas) barisan hadapan (hasilnya) kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 dengan meratakan lengkung pandemik itu,” katany

Beliau berkata, Perdana Menteri mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, selain turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”