Mekanik Maut Dihempap Kereta Semasa Buat Kerja Pembaikan

Mekanik maut selepas dihempap kereta di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, pada Sabtu.

Menurut laman Berita Harian, mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati dihempap kereta yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembaikan.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Jurucakap berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 1.05 pagi dan mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sumber: BH

Marcella