Netizen Sangka Siti Nurhaliza Hantar ‘Kod Rahsia’ Di TikTok, Rupa-Rupanya Kerja Aafiyah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat hantaran seakan-akan memberikan kod rahsia di akaun TikTok miliknya, dua hari lalu.

@toktitiktok♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Menerusi hantaran tersebut, terdapat nama anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid beserta beberapa tanda baca.

Apa yang mencuit hati, rupa-rupanya hantaran tersebut telah dibuat oleh Aafiyah sendiri tanpa pengetahuan Siti.

Hantaran itu telah membuatkan netizen tertanya-tanya apakah konteks hantaran tersebut sebelum Siti menjelaskan bahawa itu merupakan hasil kerja Aafiyah.

Tidak hanya berakhir di situ, Aafiyah juga sekali lagi telah menggunakan akaun TikTok ibunya dengan berkongsi sebuah video dia menggunakan filter.

Rata-rata pengguna media sosial membanjiri ruangan komen kerana terhibur melihat telatah Aafiyah yang selamba menggunakan akaun TikTok ibunya tanpa mengetahui bahawa setiap hantaran itu bakal disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

“Aafiyah, awak tahu tak awak tengah spam TikTok penyanyi nombor satu Malaysia ni.

“Ibu, Aafiyah main phone lagi.

“Aafiyah anak ibu, buat apa ni,” komen netizen.

Izzi Farhana