[VIDEO] Bell Ngasri Terharu Jumpa Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung Yang Undi Di ABPBH 35! – “Inilah Fan Club Saya”

Pelakon Bell Ngasri menerima kejutan apabila menerima kunjungan ahli Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung yang mengundinya dirinya bagi kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri menerima kejutan tersebut ketika diundang oleh Team Bekpes Hot, Hot FM, pada pagi Rabu.

Menurut Bell, dia meluahkan rasa terharu apabila menerima kunjungan daripada persatuan tersebut yang menyokongnya dengan mengundi di ABPBH kali ini.

“Ini lah fan club saya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung ini kerana sudi untuk mengundi saya. Alhamdulillah.

“Saya tak ada fan club, awak lah fan club saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem 18 Puasa Di Kampong Pisang itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menyokong dan mengundinya.

“Bukan takat harapan saya, mungkin harapan keluarga saya juga.

“Yang adik-adik, peminat…saya ucap terima kasih, syukur sangat-sangat atas sokongan yang tak pernah saya impi selama ini” ungkapnya.

Terdahulu, sohor di media sosial apabila rata-rata pengguna tampil memberi sokongan kepada Bell untuk menggenggam anugerah berprestij tersebut pada malam kemuncak yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayuh, Ini Kalilah…” – Netizen Sepakat Sokong Bell Ngasri Di ABPBH 35, Siap Ajar Cara Undi

Khairil Khusyairi