Categories: Trending Hari Ini

Netizen Terkejut Nampak Najib Razak Bersendirian Dalam Masjid?

Hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bakal menghadapi sebanyak 21 pertuduhan membabitkan AS$681 juta (RM2.8 bilion).

Beliau dijadualkan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, jam 3 petang ini untuk pertuduhan di mahkamah di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Dalam masa sama, laman Instagram Najib Razak dipenuhi dengan pelbagai reaksi termasuklah komen kecaman dan sebaliknya. Ada yang memberi kata sokongan agar terus bersabar di sebalik ujian yang beliau tempuhi.

Namun, di sebalik ribuan komen yang diterima, kami tertarik dengan sebuah komen ditulis oleh netizen menggunakan nama akaun Diana Salini.

Wanita ini menceritakan pengalamannya ternampak mantan Perdana Menteri itu sedang duduk berdoa di Masjid Putrajaya.

“ Pernah satu ketika, aku solat di Masjid Putrajaya. Dari ruang solat atas kelihatan satu susuk tubuh sedang berdoa dan masanya agak lama dia berdoa dan bertafakur sendirian. 

“ Susuk tubuh itu bangun dan memalingkan mukanya barulah aku sedar beliau lah Najib Razak. Kalau la dapat berjumpanya kali ke 3, aku nak cakap aku tak pernah menyesal mengundi beliau,” tulis Diana.

Sama ada individu tersebut adalah bekas Perdana Menteri kita atau pelanduk dua serupa, Wallahualam.

Walaubagaimanpun, komen tersebut telah ditulis seminggu yang lalu di gambar terakhir yang dimuatnaik di laman Instagram Najib Razak. 

Komen berkenaan turut mendapat sebanyak 507 tanda suka setakat ini.

SGMS Faida