OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Squid Game secara rasminya akan kembali dengan musim kedua dengan penampilan watak lama dan watak baru.

Melalui perkongsian Netflix di Twitter, penulis, pengarah, produser dan pencipta Squid Game, Hwang Dong-Hyuk turut memberi mesej kepada peminat.

Beliau turut berterima kasih kepada semua peminat di seluruh dunia kerana menonton dan suka akan rancangan tersebut.

“Ianya mengambil masa 12 tahun untuk menghidupkan ‘Squid Game’ musim pertama namun hanya mengambil masa 12 hari untuk menjadi siri Netflix yang paling popular,” tulisnya.

Menurutnya, terdapat watak baru yang bakal diperkenalkan dan watak lama yang akan dikekalkan.

“Dan sekarang, Gi-Hun kembali. The Front Man kembali. Musim kedua kembali. Watak lelaki memakai suit bersama ddkakji mungkin akan kembali.

“Selain itu juga, anda akan diperkenalkan dengan teman lelaki Young-hee, Cheol-su,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai peminat yang mahukan watak Kang Sae-byeok atau 067 untuk kembali.

Menerusi Insta Story Netflix Malaysia, permainan ddkakji diadakan di hadapan pusat beli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur, hari ini untuk memberi ‘hint’ Squid Game musim kedua bakal kembali.

Maya Basir