Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake sebentar tadi.

Pada aksi itu, Wei Lun terpaksa akur dengan kehebatan pemain No.1 dunia dari Britain, David Smith apabila tewas 2-4.

Walaupun berada di ranking ke-11 dunia, Wei Lun tidak patah semangat untuk memberi saingan sengit kepada pesaingannya yang merupakan ranking pertama dunia.

Pada masa sama, lawan yang ditemui pada perlawanan akhir hari ini bukanlah calang-calang memandangkan Smith merupakan pemenang dua kali pingat emas Paralimpik.

Syabas buat semua kontijen Malaysia!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”