“Walaupun Dalam Keadaan Negara Yang Mencabar, Kita Harus…” – Bunkface

Mengambil kira situasi semasa tatkala negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, kumpulan rock ternama tempatan, Bunkface mengambil langkah tersendiri dengan memberi nafas baharu terhadap single Kita Punya Malaysia.

Menariknya, lagu Kita Punya Malaysia yang dicipta pada tahun 2018 ini diberi nafas berbeza dalam versi akustik.

Lagu Kita Punya Malaysia yang dicipta sepenuhnya oleh Sam ini tampil dengan aura berbeza dengan gubahan yang lebih santai.

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotik dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami.

“Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” kata Sam.

Selain Sam yang bertindak selaku vokalis dan gitaris, kumpulan ini turut dianggotai oleh Youk (pemain basis) dan Paan (pemain gitar).

Sebelum ini, lagu Kita Punya Malaysia dipilih menjadi lagu tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2018 dan 2019.

Padin