PDRM Tawar Diskaun Kompaun Trafik 50 Peratus Sehingga 18 Julai

Berita baik bagi mereka yang ingin membayar saman trafik. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias tawaran pengurangan kompaun saman trafik tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

“PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM https://mybayarsaman@rmp.go.my, muat turun aplikasi di telefon pintar.

“Aplikasi MyBayar saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.

“Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”