Pemuda Bertindak Menjual Diri Untuk Lari Dari Kemiskinan

Polis agama Islam di utara Nigeria telah menahan seorang lelaki yang menjual dirinya untuk melarikan diri dari kemiskinan.

Aliyu Idris, 26, ditahan polis di Kano selepas ternampak gambarnya di media sosial memegang plakad menunjukkan dirinya mahu dijual dengan harga 20 juta naira (RM202,598).

Kano ialah sebuah negeri yang terletak di utara Nigeria yang melaksanakan undang-undang Syariah dan undang-undang sivil.

Menurut jurucakap polis agama Islam, Lawal Ibrahim Fagge, lelaki itu ditahan kerana menjual dirinya dan ia adalah haram di sisi undang-undang Islam.

Tambahnya, Idris meninggalkan keluarganya di kampung untuk mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia membuat keputusan sedemikian kerana dia gagal mencari pekerjaan termasuk kerja-kerja kasar, kata jurucakap itu.

Bagaimanapun, dia tidak didakwa tetapi menurut polis agama tersebut, Idris diberikan kaunseling berhubung tindakannya itu.

Sumber: AFP

Marcella