“Tuhan Tarik Nikmat, Kerap Hilang Fokus & Cuai…”-Sharifah Sakinah Akui Hidap Penyakit ADHD

Pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan dirinya bukanlah pemalas atau manja kerana mengambil keputuan untuk berhenti memandu kereta sendiri.

Menurutnya, penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihidapinya itu menyebabkan beliau terpaksa berbuat demikian memandangkan dirinya mudah hilang fokus dan cuai terutamanya ketika memandu kereta.

“Ramai yang tidak faham apabila saya mengambil keputusan untuk tidak memandu kereta lagi. Sebenarnya saya boleh memandu dan mendapat lesen yang sah dan sudah memandu selama enam tahun tapi orang ramai tetap melabel saya sebagai manja dan pemalas.

Selain itu, adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini juga menegaskan bahawa beliau lebih rela meminta bantuan dari orang lain untuk memandu atau menempah e-hailing.

“Masa driving tak boleh nak focus, berangan, careless, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada. Naik grab or mintak orang lain drive is a better choice walaupun tak convenient.

“Duduk jadi passenger pun drama. It’s just a more responsible choice. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain,” tulisnya.

Salma Syahbuddin