Penerbangan Ditunda ATAU Dibatalkan, Anda Kini Boleh Tuntut Pampasan

Sebut sahaja mengenai penerbangan, isu penundaan dan pertindihan tempat duduk turut dialami oleh pelanggan  yang menggunakan penerbangan sebagai alternatif untuk pulang ke kampung.

Bahkan, beberapa hari lalu kecoh di media sosial bahawa pengguna turut menghadapi masalah penundaan penerbangan disebabkan beberapa masalah teknikal sehingga terpaksa berpanas di dalam perut pesawat.

Ini sekaligus memberikan prestasi kurang baik terhadap syarikat penerbangan di negara ini.

Justeru itu, Kementerian perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) menerusi ciapannya di laman Twitter memaklumkan, pengguna yang menghadapi masalah seperti berikut berhak menuntut pampasan.

 

Bukan itu sahaja, pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif turut diberikan kepada pelanggan yang berdepan masalah penerbangan dibatalkan atau di tunda.

Namun, adalah dimaklumkan bahawa pengecualian pampasan berlaku sekiranya keadaan yang tidak diingini terjadi melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Bagi pengguna yang ingin membuat aduan atau membuat sebarang tuntutan melibatkan pampasan bolehlah layari laman web rasmi www.mavcom.my

 

 

Sumber: Twitter KPDNHEP

Salma Syahbuddin