Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembunuhan Wartawan Shireen Abu Akleh

Pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh di Jenin iaitu wilayah yang diduduki di Tebing Barat baru-baru ini mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Malah, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan melibatkan wartawan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di Twitter miliknya berkata, pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam kerana ia jelas memperlihatkan jenayah berterusan yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Kredit foto: CNN

Justeru itu, Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Shireen Abu Akleh dan rakyat Palestin khasnya.

Terdahulu, Shireen Abu Akleh, 51, yang bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin walaupun memakai jaket yang bertulis ‘PRESS’.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama wartawan Palestin ditembak mati oleh pihak Israel kerana sejak tahun 2000 lagi, sebanyak 55 orang wartawan Palestin telahpun dibunuh rejim Israel.

 

 

Sumber: Twitter, Awani, Harian Metro
Kredit Foto: Time, AFP

Salma Syahbuddin