Penerima BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Terima Bayaran Terus Mulai Selasa Ini

Penerima BPR fasa 3 dan pemohon rayuan BPR bakal menerima pembayaran kredit secara terus ke akaun masing masing mulai Selasa ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

“Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, setiap penerima dalam fasa 3 bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”