Categories: Trending

“Tolong Faham Keadaan Saya” – Elyana Mohon Peminat Henti Cerita Kisah Pesakit ‘Tewas’ Kerana Kanser

Penyanyi Elyana memohon agar pengikutnya di laman Instagram untuk berhenti bercerita mengenai kisah pesakit yang ‘tewas’ akibat melawan kanser.

Mendapat rawatan di hospital selepas sebulan melawan kesakitan, Elyana meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman sosial terbabit.

“Pada saat saya sedang menjalani rawatan chemotherapy. Saya merayu sangat-sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser di hentikan,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Memahami niat baik peminatnya, Elyana yang lebih 10 tahun menghidap kanser limfoma memohon agar semua orang dapat memahami situasi yang dialaminya sekarang.

“Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakut-nakutkan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan,” tulisnya.

Pada Jun lalu, Elyana dimasukkan ke hospital dan menjalani proses radioterapi untuk merawat kanser yang dihidapinya.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu kembali mendapat rawatan kemoterapi di hospital kerana tidak dapat menanggung sakit yang dialaminya.

Padin