Trending By: Maya Basir May 26, 2022 @ 4:06pm

Penunggang Motosikal Mengaku Tidak Bersalah Memukul Warga Emas

Penunggang motosikal yang membelasah seorang warga emas dalam kejadian di Padang Jawa pada Ahad lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam dan mengaku tidak bersalah.

Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Su, 24, mengaku tidak bersalah selepas mendengar pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan mangsa, Zainol Din Hussain, 60, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di Padang Jawa pada 22 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Erneetha Kaur, tertuduh diberikan ikat jamin RM6,000 oleh seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak boleh menganggu mangsa atau saksi kes tersebut.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Abi Mursyidin Awal, memohon agar diberikan ikat jamin dengan kadar rendah untuk anak guamnya kerana dia hanya bekerja sebagai mekanik selain menanggung ibu bapanya di kampung.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi berkaitan.

Kejadian yang tular di media sosial itu difahamkan berlaku selepas penunggang motosikal berang kerana pemandu warga emas itu membelok secara tiba-tiba dan bertindak memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Tue, 4 Sep 2018
Trending Fri, 9 Oct 2020

Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40

Khas buat pelajar universiti dari golongan B40

Featured Wed, 15 Nov 2023

Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Sampai macam tu netizen back up Shakilla👋👋👋

Events Fri, 22 Nov 2019

Tidak Tersenarai Dalam Anugerah Grammy, Peminat BTS Bengang?

Tak tersenarai bukan bermakna tidak bagus betul tak?

Featured Wed, 15 Mar 2023

Pakai Seksi Di Paris… Netizen Kecam Ameera Khan, Persoalkan Ibadah Umrah

“Macam mana business trip ke Umrah?” – Netizen