Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2023 @ 5:00pm

“Awak Jangan Meroyan, Jangan Cakap Pasal Saya Lagi” – Bakal Bertemu Bapa Anju, Khazrul Mohon Hal Peribadi Tidak Di Kongsi Di Sosial Media

Ahli perniagaan yang juga bekas tunang kepada pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie atau Anju iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey memaklumkan bakal bertemu dengan bapa Anju pada 17 Februari 2023.

Ia susulan bagi mencari kata sepakat berhubung ikatan pertunangan mereka yang sebelum ini didakwa sudah putus.

Menerusi perkongsian di TikTok, Khazrul berkata, bapa Anju ada menghantar mesej kepadanya namun enggan mendedahkan kepada umum apakah hal yang dibincangkan oleh mereka.

“Hari ini dia ada mesej saya dan saya pun ada bagi balasan. Apa yang kami bincangkan itu saya rahsiakan dulu.

“Anju, saya akan jumpa ayah awak pada 17 Februari ini (esok) dan saya akan bagi tahu ayah awak, siap awak,” katanya.

@imyoursbestie Replying to @wantie❤ KITA SAMA2 TUNGGU 17HB NI DAN DOA YG BAIK2 OKEYY 🤲❤️ semoga dato @Khazrul Elzey dan @Zarina anjoulie kembali semula dan kekal selamanya.. Aamin 🤲 #puteranordanish #anju #zarinaanjoulie #fyp #anjoulielavocah1 ♬ original sound – Kedai online daling – HELO BESTIE

Tambahnya, dia  juga berharap dan meminta agar warganet mendoakan kata sepakat yang bakal dibincangkan esok berakhir dengan baik.

“Saya akan berjumpa ayah Anju dan berbincang dengan dia. Berbincang mengenai keputusan untuk kami. Doakan yang baik-baik buat, semoga semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Dalam pada itu, lelaki berusia 45 tahun ini turut mengingatkan bekas tunangnya agar tidak lagi mendedahkan hal peribadi kepada umum dan menasihatkan agar Anju tidak lagi ‘meroyan’ di sosial media.

“Semoga kamu sukses. Saya doakan kamu berjaya teruskan buat live (siaran langsung) untuk kamu punya produk. Kamu adalah pempengaruh terbaik dalam media sosial.

“Jangan cakap pasal saya lagi ya. Awak jangan ‘meroyan’. Jadi Anju nanti kita jumpa pada 17 Februari ini. Tenang, solat dan sentiasa sebut nama Allah, zikir, selawat ke atas Nabi.

“Kita muhasabah diri, berubah dan tak perlu cerita masalah diri pada orang lain. Itu kan lebih baik. Jaga aib, itu yang penting,” ujarnya.

 

@imyoursbestie WAHAI NETIJENNN!! HAPPY TAK DENGAR DATO NI CAKAP APE? 🤭🤣 KITA DOA YG BAIK2 OKEYY.. JODOH KUAT DORG NI… INSHAALLAH 🤲❤️ #puteranordanish #anju #zarinaanjoulie ♬ original sound – Kedai online daling – HELO BESTIE

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Fri, 17 May 2019

小玉劝大家放下心中的「鬼」!舞台剧有望跨州演出

小玉参演舞台剧演出了心得,劝大家要放下内心「心魔」,迎向新的人生。

LIFESTYLE Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Allahu sampai macam tu sekali.. InsyaAllah pasti ada pelangi selepas hujan kan 💪🏼

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Wed, 31 May 2023
error: Content is protected !!