Permohonan Pengeluaran Khas & Pembayaran KWSP RM10,000 Akan Bermula Pada…

Permohonan bagi pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April nanti.

KWSP dalam satu kenyataannya memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini (Rabu) kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 itu bertujuan untuk meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000

 

Salma Syahbuddin