PKP Akan Dilanjutkan Hingga Jun Jika Kes Masih Meningkat – Ketua Polis Negara

Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini telah memasuki fasa ketiga sehingga 28 April 2020.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan rasmi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sekiranya terdapat peningkatan dalam kes, PKP bakal dilanjutkan sehingga Jun.

Justeru, beliau menegaskan kepada orang ramai agar tidak lupa bahawa tiada kelonggaran dalam PKP. Malah, beliau turut memberi peringatan agar orang ramai berhati-hati kerana tangkapan terhadap sesiapa yang ingkar dengan arahan PKP akan diperketatkan lagi.

Bilangan anggota polis ditambah

Dalam perkembangan lain, bilangan anggota tentera turut ditambah dalam usaha untuk membanteras wabak COVID-19.

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India dan kawasan sekitarnya mulai 28 April.

Kredit Foto: Malay Mail

Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

Janganlah bersikap mementingkan diri sendiri dalam situasi seperti ini. Ayuh, bersama-sama kita #stayathome dan amalkan jarak sosial.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”