Categories: Trending

Tindakan Anggota Polis Beri Nasihat Dan Beli Jualan Kanak-Kanak Ini Undang Sebak Netizen?

Cukup sedih!

Tular dilaman sosial Facebook, apabila rakaman anggota polis menasihati sekumpulan kanak-kanak yang dilihat mengingkari arahan PKP semalam bukan sahaja meruntun hati netizen tetapi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga turut terkesan.

Beliau berkata, anggota terbabit sudah menjalankan tugasnya dengan baik ketika memberi amaran kepada kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Google

Dan, tindakannya itu dilihat sebagai satu tanggungjawab yang murni memandangkan kesemua mereka masih kecil dan belum matang selain keadaan mereka yang cukup bersederhana ketika melanggar PKP.

“ Itu semua demi kebaikan mereka juga dan pada masa yang sama beliau (anggota) memenuhi nilai insani yang tinggi dengan membeli jualan anak terbabit

“ Saya percaya beliau tidak memerlukannya, tapi hanya sebagai tanda kasih dan simpati, terasa sebak apabila melihat sikapnya yang mulia itu

Malah, beliau juga percaya kebahagiaan kanak-kanak itu, melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar dan kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa.

Terdahulu video rakaman berdurasi 2 minit 44 saat itu menunjukkan sekumpulan kanak-kanak merayu kepada pihak berkuasa agar diberikan peluang kerana mengingkari PKP.

Pada rakaman itu, salah seorang daripada kanak-kanak terbabit dilihat menjual sebakul makanan ringan sebelum kesemuanya dibeli oleh anggota berkuasa berkenaan sebagai tanda belas.

Salma Syahbuddin