Categories: Trending Hari Ini

PKPB Di Seremban Bermula 5 November, Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Rumah

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Seremban akan berkuatkuasa mulai 5 hingga 18 November 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB itu meliputi 9 mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

2 Orang Sahaja Dibenarkan Keluar Rumah

Dalam pada itu, beliau memaklumkan SOP PKPB yang sama harus dipatuhi. 

“Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak,” ujar beliau.

Tonton video di bawah untuk berita lanjut:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”