Featured By: Attiqah Mohd June 20, 2021 @ 3:47pm

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia.

Justeru, menurut Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, kerajaan perlu mendapatkan data terkini rakyat Malaysia yang sudah beralih kepada kategori yang lebih rendah.

“Bukan saja 600,000 isi rumah dari golongan M40 tergelincir kepada B40, bahkan kategori B40 juga yang mempunyai empat pengkelasan iaitu B1 (kurang RM2,500), B2 (RM2,501-RM3,170), B3 (RM3,171-RM3,970) dan B4 (RM3,971-RM4,850) juga berkemungkinan tergelincir kepada B1 iaitu berpendapatan bawah RM2,500.

“Pertambahan jumlah rakyat Malaysia yang jatuh miskin kesan daripada pandemik Covid-19 juga dilihat bertambah.

“Disebabkan golongan M40 dan B40 ini terkesan, maka kerajaan perlu mempertimbangkan memberi kelonggaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada kumpulan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selain itu melanjutkan tempoh moratorium kepada kumpulan terjejas pendapatan ini sehingga Disember 2021 juga perlu dibuat agar mereka mampu berbelanja khususnya bagi membeli barangan keperluan harian dan makanan.

Sumber: Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Hiburan Thu, 19 May 2022

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

Hairul Azreen diet, tahan lapar demi menjayakan sebuah karakter untuk filem terbarunya.

Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Radhi OAG- Ayu Cerai Talak Satu

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Radhi terhadap Ayu pada 25 Mac lalu adalah sah dan mengikut syarak

Trending Wed, 1 Aug 2018