“Saya Cuba Lakukan Yang Terbaik Untuk Selamatkan Nyawa”- Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri sekitar jam 3 petang tadi, Muhyiddin mengakui sebagai manusia biasa beliau tidak lari daripada melakukan kesilapan sepanjang pemerintahannya.

“Saya ingin ambil kesempatan ingin memohon keampunan daripada saudara saudari segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang jadi Perdana Menteri.

“Saya dan rakan-rakan jemaah menteri telah cuba melakukan terbaik untuk mneyelamatkan nyawa dan melindungi saudara saudari sekelian dalam tempoh krisis masih kita hadapi pada masa ini.

“Namun, sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah silap di sana sini, jadi saya mohon ribuan ampun dan maaf,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen hari ini.

Beliau turut menjelaskan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak boleh terbantut, bagi memastikan sektor ekonomi dapat dibuka semula sekaligus ekonomi negara kembali pulih.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”