Featured By: Marcella November 15, 2021 @ 6:37pm

“Saya Dah Berumur 24 Tahun” – Aktif Berlakon Semenjak Usia Kanak-Kanak & Remaja, Netizen Tak Boleh Terima Afieq Shazwan Bawa Watak Suami

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendedahkan ramai peminat tidak dapat menerima lakonannya sebagai lelaki dewasa.

Terlibat dalam industri hiburan semenjak di usia kanak-kanak, Afieq kini memegang watak sebagai seorang suami dalam drama bersiri Diari Seorang Suami yang ditayangkan di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

Selain Afieq, drama bersiri yang turut menampilkan Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don dan ramai lagi itu telah mula bersiaran semenjak 12 November lalu.

“Sebenarnya banyak saja watak dewasa yang saya dah dapat, tapi banyak juga rezeki dan peluang yang saya tak dapat nak buat.

“Saya rasa salah satu punca ialah sebab mereka jarang tengok karya terkini saya. Maksudnya, apa yang bersiaran sekarang ni masih lagi program-program yang dah lama saya buat.

“Jadi, mereka masih merasakan yang Afieq yang ni orang lain, Afieq yang ini pula orang lain. Sebenarnya, Afieq Shazwan ni adalah orang yang sama.

“Mereka tak boleh nak relate benda tu dan rasa ini benda yang berbeza, tapi sebenarnya ini adalah orang yang sama,” katanya semasa sidang media maya drama Diari Seorang Suami pada Isnin.

Tambah Afieq, antara punca netizen masih menganggap dia tidak sesuai berlakon sebagai seorang suami adalah kerana sebelum ini Afieq terlalu aktif berlakon sebagai kanak-kanak.

“Itu adalah salah satu punca juga sebab dulu saya terlalu aktif dengan drama, shooting semenjak saya kanak-kanak dan remaja.

“Sekarang, saya dah berumur 24 tahun, saya harap netizen atau peminat di luar faham. Ada yang sudah menerima, ada yang tak boleh lagi nak menerima benda tu.

“Sebab kali terakhir mereka tengok saya lain, sekarang pula mereka tengok saya sudah berubah. Maksudnya, mereka terlupa umur terbaharu saya,” jelasnya.

Tegas Afieq lagi, dia tidak selamanya memegang watak sebagai kanak-kanak atau remaja kerana dia perlu melalui fasa berbeza dalam setiap episod.

“Saya rasa tak ada masalah sebab Diari Seorang Suami ni membuka jalan dan tak terlalu drastik untuk saya terus dilihat sebagai seorang suami.

“Ini adalah perjalanan kisah saya ibaratnya umur 18 tahun, 19 tahun nak kahwin, nikah, itu perjalanan dia. Mungkin orang akan nampak perkembangan bagaimana saya bawa watak.

“Saya tak selamanya memegang watak yang macam seorang yang budak-budak je sebab dia ada fasa yang berbeza di setiap episod,” kata Afieq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Events Mon, 31 Dec 2018
Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020
Featured Tue, 5 May 2020
Featured Tue, 24 Apr 2018
Featured Tue, 12 Jun 2018

Selebriti Antarabangsa Yang Khabarnya Komited Menjalani Ibadah Puasa

Status sebagai Muslim bukan sekadar pada nama, malah selebriti dari pelbagai arena ini turut berperanan menyampaikan teladan dan dakwah tentang puasa Ramadan kepada komuniti global.

Trending Sun, 28 Aug 2022

Jadi Duta Produk Bengkung, Sherry Alhadad Tak Peduli Dengan ‘Body Shaming’

Penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad semakin mendapat perhatian wargamaya apabila dia berjaya menurutkan berat badan sejak awal tahun ini. Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad mengakui dirinya tidak pernah kisah […]