“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Pelakon Syafie Naswip sedang dalam proses mengubati hatinya selepas putus tunang beberapa tahun lalu.

Menurut Syafie, dia sangat bersyukur selepas menamatkan hubungan toksik itu dan kini lebih bahagia dengan rakan-rakan dan keluarga.

“Saya pernah sayangkan seseorang, saya pernah jaga hubungan itu baik-baik tetapi jodoh tidak panjang.

“Alhamdulillah, saya berjaya keluar dari cengkaman hidup seseorang yang hidupnya begitu negatif, begitu toksik yang secara tidak langsung membuatkan hidup saya huru hara.

“Saya gembira dengan kehidupan ketika ini, dikelilingi kawan-kawan dan keluarga. Jadi apabila diajukan mengenai soal kahwin, jawapan saya adalah berikan saya masa.

“Ini kerana saya melalui zon atau fasa trauma dalam hidup saya. Apa yang anda baca atau apa yang anda faham tidak sama dengan apa yang saya lalui,” katanya.

Syafie berkongsi luahan tersebut menerusi perkongsian video di ‘live’ TikTok miliknya baru-baru ini.

Pada Julai 2019, kontroversi melibatkan Syafie dan bekas tunangnya, Aishah Azman yang hangat diperkatakan selepas Syafie ditahan polis bagi membantu siasatan kes ugutan dan menyebabkan kecederaan.

Syafie dan Aishah bertunang pada 7 April 2019 dan hubungan mereka berakhir pada 21 Julai pada tahun yang sama.

Sumber: Gempak

Maya Basir