Cahaya Mata By: Maya Basir July 26, 2023 @ 7:36pm

Sempat Hamil Selama 10 Minggu, Isteri Dai Syed Keguguran

Penyanyi dan pempengaruh, Dai Syed memaklumkan bahawa isterinya, Hana Ismail keguguran cahaya mata pertama selepas 10 minggu mengandung.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mengesahkan ura-ura mengatakan isterinya sedang hamil adalah benar namun tidak kesampaian.

“Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata.

“Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja,” ujarnya.

Menurut Syed, isterinya bakal melalui proses Dilation and Curettage (D&C) iaitu prosedur pembedahan selepas keguguran di sebuah hospital.

“Harini, isteri saya akan menjalani proses DNC di Hospital KPJ, mohon doakan untuk beliau,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan mendoakan pasangan ini kuat menghadapi ujian.

Untuk rekod, Dai Syed dan Hana Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tunjuk Keputusan Baby Scan, Dai Syed & Hana Ismail Beri Bayangan Bakal Timang Cahaya Mata?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Like Mother, Like Daughter!” – Gelagat Serta Tarian Norreen Iman & Anak Curi Perhatian

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai yang mengetahui pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sering memuat naik video kandungan lucu yang mencuit hati penonton. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan […]

Featured Tue, 31 Oct 2023
Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Trending Sat, 1 Aug 2020
Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Featured Thu, 26 May 2022