Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 29, 2022 @ 6:20pm

Gara-Gara Nasihatkan Da’i Syed, Bekas Isteri Dakwa Afiq Muiz Kaki Pukul? – “Kau Buat Aku Patah Kaki & Jari, Tu Dipanggil Apa…?”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Afiq Muiz menjadi sebutan ramai selepas tular hantaran bekas isterinya, Pachara Emmanuel Apin mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ia ekoran sebuah berita yang merujuk kepada pesanan Afiq kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed yang baru sahaja bertunang itu untuk tidak menjadikan wanita sebagai ‘permainan’.

Berita tersebut dikongsikan di laman Facebook individu beserta kapsyen yang mendakwa Afiq memukul bekas isterinya.

“Tiber nasihat orang, dia pukul ex bini patah, lebam-lebam,” tulisnya.

Sementara itu, hantaran tersebut turut dikongsikan oleh bekas isterinya, Pachara di laman Facebook rasmi seakan mengukuhkan lagi dakwaan tersebut.

“Woww… kau kasi patah kaki saya, kasi patah jari saya itu dipanggil apa sial?” marahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan berita terbabit.

Bagaimanapun, menyedari hantarannya menjadi carian di Internet, Pachara yang berasal dari Sabah ini dilihat telahpun memadam entri tersebut.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut tular di media sosial TikTok meraih perhatian ramai yang terkejut dengan berita Afiq sudah bercerai dengan isteri.

 

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada Mac 2019 secara tertutup di Bangi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Mar 2020

#LockDownMalaysia; Sudah Bersediakah Kita? Sudah Fahamkah Kita?

Ramai netizens luahkan hasrat mereka mahukan #LockDownMalaysia tetapi sudah bersediakah kita dengan apa yang bakal kita hadapi?

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Featured Fri, 19 Jan 2018

Dilema Cinta Suami Orang

Amaran buat mereka yang sedang bercinta dengan suami orang atau mungkin menjadi mangsa panahan cinta lelaki beristeri. Semak list di bawah untuk membuatkan anda sedar sudah tiba masanya untuk angkat kaki dalam perhubungan cinta yang mendapat kecaman ramai ini.

error: Content is protected !!