Suami Tidak Tahu Isteri Tidur Dengan Bosnya Agar Dinaikkan Pangkat

Seorang wanita mendedahkan rahsia bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat kerana wanita itu mempunyai hubungat sulit dengan seorang ketua di syarikat tempat lelaki itu bekerja.

Menurut laporan The Sun, wanita itu membuat perkongsian di akaun Twitter, Fesshole, yang menggalakkan orang ramai untuk mengaku dosa mereka tanpa nama.

Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mengaku satu-satunya sebab suaminya terus mendapat kenaikan pangkat adalah kerana dia sebenarnya menjalinkan hubungan intim dengan bosnya.

“Sudah beberapa kali suami saya dinaikkan pangkat di tempat kerjanya dan menyangka ia adalah kerana dia memperolehnya.

“Suami saya tidak tahu bahawa saya telah tidur dengan bosnya selama beberapa tahun.

“Apabila dia dinaikkan pangkat bermakna dia akan lebih kerap bekerja di luar kawasan. Jadi, saya boleh terus meniduri bosnya,” tulis wanita itu di akaun perkongsian rahsia tersebut.

Sumber: The Sun

Kredit Foto: Getty

Marcella