Pengeluaran Tambahan KWSP RM10,000 Secara One-Off Adalah Tidak Praktikal

Selepas pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu, segelintir rakyat kecewa apabila Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak mengumumkan pengeluaran tambahan duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malah, pemuda UMNO juga kecewa apabila tiada pengumuman mengenai pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one off seperti yang dikemukakan Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam memorandum yang berpandukan rintihan rakyat kepada Tengku Zafrul dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan kerajaan adalah tepat!

Bagaimanapun, kerajaan telahpun membuat keputusan yang tepat apabila TIDAK membenarkan pengeluaran tambahan ini bertujuan ia adalah untuk kegunaan hari tua.

Malah, ia adalah wang simpanan sendiri hasil titik peluh yang sepatutnya digunakan pada hari persaraan yang mungkin lebih mencabar daripada Covid-19.

Sebelum ini, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa hampir separuh pencarum yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam KWSP, dan kebenaran pengeluaran tambahan adalah tidak praktikal untuk membantu rakyat dalam pasca Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN:KWSP Bimbang, 30 Peratus Ahli Hanya Tinggalkan RM100 Untuk Simpanan Akaun 1

 

Sumber : Sinar Harian

Salma Syahbuddin