[TERKINI] Kanak-Kanak Sudah Boleh Keluar Cuma…

Ambil perhatian semua!

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media hari ini berkata, kanak-kanak kini tidak dilarang untuk beriadah di taman permainan dan meluangkan masa di pusat beli-belah bersama keluarga, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.

Ibu Bapa Perlu Berwaspada

Walau bagaiamanpun, ibu bapa harus sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan kanak-kanak yang sehingga kini dikategorikan sebagai golongan berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

“Sekarang ini (kanak-kanak) sudah boleh (keluar), tiada larangan untuk mereka beriadah di taman permainan yang sudah dibuka. Cuma peringatan yang ingin ditegaskan di sini ialah jangan berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah sebab kita perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Begitu juga dengan pusat beli-belah, tiada tegahan yang tidak membenarkan kanak-kanak untuk pergi beli permainan bersama ibu bapa di pusat beli-belah,” katanya.

Untuk maklumat penuh, korang boleh tonton video di bawah ini:

Sumber: Youtube Buletin Utama TV3

Syafiqa Irdina