Categories: Trending

417 Jawatan Kosong Kini Dibuka, Insentif RM 1,000 Diberikan Buat Pekerja Berpindah Wilayah

Buat mereka yang masih tercari-cari peluang pekerjaan..

 Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), menerima pendaftaran 52 majikan pada hari pertama dibuka secara rasmi, semalam.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata pendaftaran majikan itu sekali gus menawarkan hampir 417 jawatan kosong.

“Ini adalah satu permulaan sangat baik pada hari pertama untuk pasaran pekerjaan dan diharapkan lebih ramai lagi majikan akan tampil mendaftar di penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

“Setakat semalam, PERKESO juga menerima 1,288 panggilan daripada majikan dan pekerja bertanya mengenai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan bawah PENJANA,” katanya.

Selain itu, sebanyak RM600 dibayar melalui majikan untuk pekerja berpindah melebihi 100 kilometer (satu hala) dari lokasi mastautin pencari kerja.

Perpindahan membabitkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung atau sebaliknya pula layak menerima sebanyak RM1,000.

Buat korang yang ingin mengetahui cara permohonan PenjanaKerjaya, korang boleh membaca artikel berkaitan di bawah:

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”