Categories: Trending Hari Ini

Kerajaan Lancar MYHaus Untuk Keselesaan Rakyat

Kerajaan bakal melancarkan program MYHaus bagi membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa.

Apa Itu MYHaus?

Program MYHaus mengelaskan beberapa kategori kepada orang ramai sama ada untuk membina semula rumah, membaik pulih serta membaiki kerosakan yang dialami.

Program yang akan dilancarkan Ogos depan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar.

Pendidikan Rohani & Sivik Turut Diberikan

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, pendidikan rohani serta kesedaran sivik akan diberikan kepada isi rumah supaya pembangunan yang seimbang dapat dikecapi.

“Semua baik pulih atau bina semula rumah akan disiapkan dalam tempoh kurang daripada 10 hari. Selain pembinaan rumah, isu seperti kebersihan, pendidikan seks menurut Islam dan aktiviti kerohanian adalah keutamaan program terbabit,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Syafiqa Irdina