Categories: Trending Hari Ini

Tiada Lagi Pemantauan Rumah Ke Rumah Ketika Sambutan Hari Raya Aidiladha – Ismail Sabri

Pasukan penguatkuasa RELA, APM, ATM, pihak polis dan sebagainya tidak akan mengadakan pemantauan rumah ke rumah ketika sambutan hari raya Aidiladha nanti

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

”Seperti kita tahu dulu sewaktu musim perayaan, hari pertama kedua ketiga dan seterusnya pihak polis dan team pematuhan pemantauan yang lain termasuk RELA, APM, ATM dan sebagainya masuk ke kampung-kampung, kawasan perumahan dan sebagainya untuk memeriksa dan memantau dari segi pematuhan.

Walaupun tiada lagi pemantauan daripada pihak polis, kita tetap perlu mematuhi (SOP) sewaktu perayaan Aidiladha nanti untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga.

Menurut beliau, semua rakyat harus mendisiplinkan diri dan keluarga menerusi kesedaran dalam diri sendiri.

”Walaupun tidak ada polis akan mengawal, untuk keselamatan diri, kitalah yang akan jaga diri dan keluarga kita sendiri.

”Paling penting di dalam PKPP ini sehinggalah tamat sekalipun, untuk meneruskan hidup kita mesti mengawal dan mendisiplinkan diri dan keluarga dengan kawalan kendiri,” kata beliau.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover