[VIDEO] “Malaysia Mendonia” – Aksi Pemain JDT Curi Perhatian Peminat Bola Sepak Antarabangsa

Selepas memperolehi sepakan penalti buat Malaysia, pemain Harimau Malaya Akhyar Rashid menjadi tumpuan selepas aksinya menjelirkan lidah mendapat liputan bukan sahaja dalam kalangan peminat pasukan negara tetapi pihak antarabangsa.

Insiden yang berlaku selepas Akhyar dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain Hong Kong itu disangka sebagai kemalangan kecil sehingga menyebabkan kesakitan kerana melihat kepada gaya beliau.

Namun, reaksi spontan yang ditunjukkan penyerang kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu betul-betul menghiburkan apatah lagi ada yang melabel gaya beliau itu sebagai ‘Ronaldo Vibes’.

Untuk rekod, pasukan Harimau Malaya menang dengan mengutip mata 2-0 menentang pasukan bola sepak Hong Kong pada Rabu sekaligus memuji strategi yang dibuat Ketua jurulatih Skuad Kebangsaan, Kim Pa Gon.

Salma Syahbuddin