Amber Heard Dilabel Psiko, ‘Play Victim’ – Didakwa Bakal Berdepan Kemusnahan Kerjaya Dan Kewangan

Selepas bintang popular Hollywood, Johnny Depp menarik nafas lega apabila kemenangan berpihak kepadanya pada Khamis, bekas isteri dan juga plaintif kes berkenaan, Amber Heard nampaknya masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut.

Ini kerana, Heard, 36, menyifatkan keputusan Mahkamah adalah tidak adil terutamanya kepada golongan wanita, kerana kononnya dia mahu menegakkan haknya tetapi akhirnya dimalukan.

Heard juga kecewa kerana bukti yang dikemukakan Mahkamah tidak mencukupi sehingga dia merasakan hilang hak sebagai rakyat Amerika Syarikat.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pelakon Pirates Of The Caribbean di seluruh dunia menyifatkan Heard sebagai seorang yang psiko dan ‘Play Victim’ sehingga tidak dapat menerima kenyataan terhadap insiden yang diciptanya sendiri.

Sementara itu, pakar perhubungan awam mendakwa pelakon The Rum ini juga bakal berdepan risiko kemusnahan kerjaya dan kewangannya selepas kalah pada perbicaraan berkenaan.

Malah berpendapat, ‘tiada jalan kembali untuk Heard di Hollywood’.

Terdahulu, Heard diminta oleh Mahkamah Circut di Fairfax Country agar membayar pampasan kepada Depp sebanyak AS$15 juta (RM21.9 Juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.

Bukan itu sahaja, terkini sebanyak enam juta petisyen telah ditandatangani untuk mengeluarkan nama Heard daripada filem sekuel Aquaman.

 

Salma Syahbuddin